Program High Impact Tingkat Kualiti MMKHAR

13 Julai 2024- Program Bengkel Pengenalan Program High Impact dibawah anjuran Majlis Tertinggi Majlis Mahasiswa Kolej Harun Amminurashid (MMKHAR) sidang 2024/2025 Universiti Pendidikan Sultan Idris telah pun berlangsung dengan jayanya.Program tersebut turut dihadiri oleh Pengetua Kolej, Dr. Haji Che Anuar Che Abdullah, felo penasihat, pihak pentadbiran kolej, kesemua 32 orang Majlis Mahasiswa (MMK) Kolej Harun Amminurashid (KHAR) sidang 2024/2025 dan wakil dari AJK blok-blok kediaman.Keberkesanan program ini juga membantu memberi gambaran kepada MMKHAR sidang baharu memahami dan perbaiki pelaksanaan perancangan awal terhadap program yang dikendalikan agar mampu membawa nama Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) serta nama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).Di samping itu, sesi perkongsian ilmu ini juga mampu mendorong dan membuka mata para MMKHAR dalam menganjurkan program yang selaras dengan petunjuk prestasi utama (KPI) Universiti.