Program SiswaConnected@FSK Menyatukan Visi, Menggapai Cita

10 Oktober 2024 –Program SiswaConnected@FSK anjuran Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK) berlangsung dengan jayanya sempena minggu orientasi pelajar baharu Sarjana Muda ambilan September sesi 2024/2025.  Program ini berlangsung selama 4 hari bermula 7 hingga 10 Oktober 2024 di Dewan Tuanku Canselor.Program ini diserikan lagi dengan kehadiran Naib Canselor UPSI, Prof. Dato’ Dr. Md Amin Md Taff dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr. Abdul Rahim Razali bagi meraikan pelajar-pelajar baharu di FSK.

Pelbagai slot-slot menarik telah disusun bagi meraikan program ini antaranya slot istimewa bersama Naib Canselor yang menjadi tumpuan, di mana pelajar dan staff FSK berpeluang mendengar amanat dan nasihat dari Naib Canselor UPSI.

Demi memperkasakan Latihan Perguruan Negara, MPSI ditukar nama kepada Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) pada 21 Februari 1987.

Ini adalah hasil perjuangan Persatuan Suluh Budiman iaitu Persatuan alumni SITC/MPSI. Akhirnya, pada 1 Mei 1997, IPSI telah dinaiktaraf kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), pusat terkemuka dalam pendidikan guru di Malaysia.

UPSI terus mencatat kejayaan demi kejayaan dengan melahirkan alumni yang bukan sahaja berjaya dalam bidang akademik, tetapi juga memberi sumbangan besar kepada negara sebagai nasionalis, sasterawan negara dan pelbagai bidang lain.

Banyak tokoh-tokoh terkenal dilahirkan di Bumi UPSI termasuk sebagai nasionalis yang telah memperjuangkan Pendidikan, hak rakyat dan kemerdekaan negara antaranya Zainal Abidin Ahmad (ZA’BA), seorang pendidik, penulis dan tokoh pemikir Melayu yang memainkan peranan penting dalam memperjuangkan Martabat Melayu.

Beliau juga merupakan alumni SITC dan satu daripadanya adalah intelektual Melayu yang mempengaruhi gerakan nasionalisme dan kebangkitan intelektual di Tanah Melayu.

Selain itu, Harun Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai HARUN AMINURRASHID, Novelis Sejarah Melayu dan seorang tokoh penting dalam perkembangan kesusasteraan Melayu yang sering memaparkan tema patriotism, perjuangan bangsa dan sejarah Melayu.

Harun juga pernah berkhidmat sebagai pendidik di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), di mana beliau aktif dalam membangunkan kesedaran budaya dan bahasa Melayu serta kesusasteraan sejarah Melayu pasca-kolonial.

“UPSI juga melahirkan ramai alumni nasionalis seperti TYT Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Haji Abbas (Tuan Yang Terutama Yang Dipertua 1958), Tun Abdul Ghafar Baba (Penstabil Politik Malaysia 1949), Sidek Saniff (Setiausaha Negara Singapura 1957), Tan Sri Senu Abdul Rahman (Menteri Penerangan Malaysia 1939) Dato’ Paduka Haji Ahmad Kadi (Menteri Pendidikan Brunei 1957) dan Dato’ Seri Aminuddin Baki (Ketua Penasihat Pelajaran 1950) yang terkenal”, ujar beliau.

UPSI juga berbangga melahirkan sasterawan negara yang telah memberikan impak yang besar dalam dunia kesusasteraan dan kebudayaan.

Antaranya Sasterawan Negara ke-2 iaitu Prof Emaratus Dato Dr. Hj Shahnon Ahmad yang telah menghasilkan pelbagai karya mendalam yang menginspirasikan ramai penulis dan pencinta sastera di Malaysia. Kejayaannya mendorong generasi muda untuk mencintai dan menghargai bahasa serta budaya tempatan.

Selain itu, antara nama-nama lain yang terkenal adalah seperti Dato Noordin Hassan, Dr Masuri Salikun, Dato’ Dr. Ahmad Kamal Abdullah, dan Dato’ Rahman Shaari.

Mereka menggunakan penulisan dan karya seni sebagai medium untuk menyampaikan mesej sosial dan memperjuangkan nilai-nilai kemanusiaan. Karya-karya mereka sering mengangkat tema-tema seperti keadilan, cinta tanah air, dan perjuangan identiti.

Kejayaan alumni UPSI terus mengukir nama dalam pelbagai bidang termasuk bidang pengacaraan dan penerbangan. Kejayaan mereka membuktikan bahawa pendidikan yang diterima di UPSI memberi mereka asas yang kukuh untuk menghadapi cabaran di dunia luar.

UPSI telah membuktikan komitmennya dalam membentuk pemimpin dan cendekiawan yang berwibawa. Dengan legasi yang ditinggalkan oleh alumni ini, menunjukkan bahawa pendidikan bukan sahaja tentang pencapaian akademik, tetapi juga tentang memberi sumbangan kepada masyarakat dan membentuk identiti bangsa.

Moga, UPSI terus melangkah ke hadapan sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang berkualiti tinggi dalam melahirkan graduan yang kompeten dan berjiwa nasionalis, peka terhadap isu-isu kemanusiaan, dan berdaya saing di pentas global.