UPSI Tekad Meningkatkan Minat Mahasiswa Dalam Subjek Matematik

11 Oktober 2024 – STEM (Science, Technology, Engineering, Mathematics) adalah bidang kritikal bagi pembangunan negara, namun Matematik, salah satu komponen utama STEM, sering dianggap sukar oleh pelajar.

Persatuan Mahasiswa Sains dengan kerjasama Fakulti Sains dan Matematik, UPSI, menganjurkan MIST’24: Motivational Talk Stigma In Maths sempena Muallim International Science, Technology, Innovation, Mathematics and Sustainable Fiesta (MIST) 2024, bertempat di Dewan Tuanku Canselor, UPSI pada 11 Oktober 2024.

Program ini bertujuan meningkatkan minat terhadap Matematik dalam kalangan mahasiswa/i UPSI.

Penceramah jemputan, Encik Halim Amat@Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai Master Halim, pakar pendidikan Matematik dari Fakulti Sains dan Matematik telah berkongsi pelbagai kaedah kreatif untuk membantu peserta memahami Matematik dengan lebih mudah.
Program ini bertujuan meningkatkan minat terhadap Matematik dalam kalangan mahasiswa/i UPSI.Secara keseluruhannya, program ini bukan sahaja berjaya memupuk minat yang lebih mendalam terhadap Matematik tetapi juga memberikan peserta kaedah penyelesaian yang lebih praktikal dan mudah difahami.