
6 Oktober 2024 – Majlis Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki (MMKAB) sidang 2024/2025 menganjurkan Program Minggu Destinasi Ukhuwah Kolej Aminuddin Baki yang bertempat di Pusat Aktiviti Pelajar, Kolej Aminuddin Baki pada 6 Oktober 2024 yang lalu.
Program ini dijalankan selama sehari bermula daripada 7 pagi sehingga 10 malam yang telah melibatkan pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda ambilan September 2024/2025.
Objektif utama program ini ialah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara penghuni bersama barisan Pentadbiran dan Felo serta Majlis Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki Sidang 2024/2025.
Program ini dimulakan dengan aktiviti senamrobik dan sesi Ice Breaking serta beberapa aktiviti yang dapat mengukuhkan lagi penghuni antara satu sama lain. Kemudian diteruskan dengan sesi slot bersama Majlis Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki Sidang 2024/2025 (MMKAB).
Program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan barisan pentadbiran dan felo serta taklimat daripada Ketua Felo, Encik Muhammad Safwan Ismail yang berkaitan dengan peraturan-peraturan di Kolej Aminuddin Baki.Melalui program ini, diharapkan agar mampu memberikan impak yang positif kepada semua penghuni terutamanya dalam menjalinkan ikatan ukhwah yang lebih erat dalam kalangan pihak pengurusan kolej bersama dengan penghuni kolej aminuddin baki bagi memudahkan semua gerak kerja program berjalan dengan lancar sekaligus mampu mewujudkan suasana yang harmoni dalam kediaman Kolej Aminuddin Baki.
Related Posts
Perasmian Pameran Biblioterapi Perkukuh Literasi Emosi Melalui Pembacaan
UPSI Tekad Meningkatkan Minat Mahasiswa Dalam Subjek Matematik
Program GECE CAMP 2024 FPM UPSI Kukuhkan Jaringan Antarabangsa
Program SiswaConnected@FSK Menyatukan Visi, Menggapai Cita
Pembentangan MyRA 2023 kekalkan kelas Lima Bintang
UPSI salur bantuan pendidikan kepada 5,387 murid di Perak