
6 Oktober 2024 – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berkedudukan 600-800 dalam World University Rankings (2025) kini berada dalam landasan yang tepat berdasarkan salah satu Konsep BITARA iaitu, Adaptasi Global.Seiring dengan itu, hubungan antarabangsa yang baik dapat mengangkat imej UPSI di seluruh pelusuk dunia.Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Fakulti Pembangunan Manusia (FPM) Universiti Pendidikan Sultan Idris telah mendapat permintaan daripada Suleyman Demiral University (SDU University) di bawah satu projek perundingan antarabangsa berkaitan Perkembangan Profesional khusus dalam bidang prasekolah.Rentetan jalinan LOI yang termetrai antara kedua universiti di Almaty sebelum ini, Kazakhstan, projek lanjutan yang diberi nama sebagai Professional Development GLOBAL ECE CAMP (GECE CAMP 2024) telah dilaksana pada 2 hingga 6 Oktober 2024 yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Abdul Halim Masnan dengan melibatkan 7 orang ahli iaitu Dr Seah Siok Peh, Dr Nor Mashitah Mohd Radzi, Pn Azila Alias, Pn Farhana Nohrin Mohd ANuar, Hasviniy Padmanathan dan Dr Nadia Shahira Amiruddin.
Program selama 5 hari 4 malam ini dimulakan dengan memberi peluang kepada 28 delegasi Kazakhstan yang hadir ke UPSI untuk sesi lawatan di sekitar kampus (Museum Pendidikan dan Arena)
Mereka kemudiannya telah mengikuti pelbagai bengkel berkaitan Robotik, CPR, Muzik & Pergerakan, Pengurusan dan Perkembangan Kanak-kanak yang telah disediakan oleh Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak FPM UPSI.Peserta juga diberi peluang untuk melihat secara langsung pengurusan dan perjalanan kelas khususnya di NCDRC dan Sekolah Seri Budiman yang merupakan antara pusat perkembangan pendidikan terbaik di Malaysia. Seterusnya para peserta turut diraikan dengan majlis penganugerahan di atas kejayaan melaksanakan program mengikut peruntukan masa yang ditetapkan oleh agensi projek di sana.Program GECE Camp 2024 telah menjadi penanda aras antarabangsa dari negara ASEAN kepada 28 orang peserta dari Kazakhstan. Aktiviti yang dijalankan dapat diaplikasikan di peringkat nasional khususnya kepada pendidikan awal kanak-kanak berkualiti di Kazakhstan.
Harapan FPM melalui program ini dapat melebarkan sayap kerjasama antarabangsa dengan negara Kazakhstan dengan melibatkan penyelidikan, perundingan, penerbitan, mobiliti pensyarah/pelajar (inbound dan outbound) yang berimpak tinggi.
Related Posts
Perasmian Pameran Biblioterapi Perkukuh Literasi Emosi Melalui Pembacaan
UPSI Tekad Meningkatkan Minat Mahasiswa Dalam Subjek Matematik
Minggu Destinasi Ukhuwah: KAB Menyambut Mesra Pelajar Baharu Ambilan September 2024/2025
Program SiswaConnected@FSK Menyatukan Visi, Menggapai Cita
Pembentangan MyRA 2023 kekalkan kelas Lima Bintang
UPSI salur bantuan pendidikan kepada 5,387 murid di Perak