
16 Julai 2024 – Dalam sesi yang begitu akrab dan dinamik, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Dato’ Md Amin Md Taff melalui kursus pensyarah baharu UPSI menyampaikan kepentingan untuk mengembalikan roh dan jiwa sebagai pendidik.Ini bagi memastikan pensyarah baharu UPSI dapat meneruskan legasi kecemerlangan Universiti sebagai Universiti Pendidikan.Sesi tersebut yang berlangsung di Bilik Seminar Aminuddin Baki, Fakulti Pembangunan Manusia, Kampus Sultan Azlan Shah dimulakan dengan perbincangan isu semasa serta perkenalan interaktif bersama peserta.Prof Dato’ Md Amin menekankan keperluan untuk memperkukuh adab dan akhlak mahasiswa dalam masa sama menguasai kemahiran pedagogi.Perkara tersebut adalah seiring dengan salah satu daripada konsep BITARA dalam aspirasi UPSI bagi tahun 2024 iaitu 3A: Akademik, Adab dan Akhlak.Selain perkongsian pengalaman professional dan peribadi, beliau menyatakan tanggungjawab sebagai pensyarah adalah ibadah, keberkatan barakah dan keseronokan dalam melaksanakan tugas.Aspek amalan Konsep 5K UPSI iaitu Kekeluargaan, Kasih Sayang, Keseronokan, Kreativiti dan Kesegeraan adalah perlu diamalkan pensyarah baharu tanpa tidak mengesampingkan kemahiran digital dan teknikal.Prof Dato’ Md Amin menegaskan bahawa menghayati dan berkongsi ilmu serta pembinaan karakter adalah asas bagi pendidikan. Malah, beliau turut berkongsi berkenaan kepentingan asimilasi bagi menangani perbezaan generasi terutama dalam mendepani cabaran generasi masa kini.
Related Posts
UPSI Tekad Meningkatkan Minat Mahasiswa Dalam Subjek Matematik
Minggu Destinasi Ukhuwah: KAB Menyambut Mesra Pelajar Baharu Ambilan September 2024/2025
Program GECE CAMP 2024 FPM UPSI Kukuhkan Jaringan Antarabangsa
Program SiswaConnected@FSK Menyatukan Visi, Menggapai Cita
Pembentangan MyRA 2023 kekalkan kelas Lima Bintang
UPSI salur bantuan pendidikan kepada 5,387 murid di Perak