
18 Julai 2024 – Persatuan Tahfiz Al-Quran Dan Qiraat (PTQ) dengan kerjasama Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, Persatuan Sekretariat Pengajian Qiraat USIM, Fakulti Pengajian Quran Sunnah USIM berjaya menganjurkan Program Seminar Qiraat Ifrad dan Jamak peringkat Kebangsaan tahun 2024 melibatkan 148 peserta daripada pelbagai institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara termasuk mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Darul Quran JAKIM, Universiti Kebangsaan Malaysia, Maahad Qiraat Azhar (MAQAZ) Shoubra, Mesir, Persatuan Qiraat Malaysia (PQM) serta orang awam yang diadakan di Dewan Kuliah, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS).Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) buat pertama kalinya menganjurkan Seminar Qiraat Ifrad Dan Jamak Peringkat Kebangsaan bertujuan untuk memperkenalkan kepentingan ilmu qiraat, meningkatkan lagi pengetahuan dalam bidang qiraat serta cabang-cabang ilmu qiraat terutamanya bagi mahasiswa dan mahasiswi mengambil kursus berkaitan qiraat.Penganjuran seminar ini adalah selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan atau Sustainable Development Goals (SDG) iaitu meningkatkan pengetahuan mahasiswa dan mahasiswi terhadap ilmu qiraat disamping mempelajari ilmu-ilmu baharu (SDG 4: pendidikan berkualiti) dan mengeratkan hubungan sesama mahasiswa dan mahasiswi serta mewujudkan suasana yang aman dan inklusif dalam jati diri mahasiswa (SDG 16: Keamanan, Keadilan dan Pertubuhan Kukuh).
Related Posts
Perasmian Pameran Biblioterapi Perkukuh Literasi Emosi Melalui Pembacaan
UPSI Tekad Meningkatkan Minat Mahasiswa Dalam Subjek Matematik
Minggu Destinasi Ukhuwah: KAB Menyambut Mesra Pelajar Baharu Ambilan September 2024/2025
Program GECE CAMP 2024 FPM UPSI Kukuhkan Jaringan Antarabangsa
Program SiswaConnected@FSK Menyatukan Visi, Menggapai Cita
Pembentangan MyRA 2023 kekalkan kelas Lima Bintang