Seminar Ekonometrik Sebagai Wadah Mahasiswa Selami Ilmu Penyelidikan Asas

18 Julai 2024 – Seramai 41 orang pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kewangan Islam) semester 5 melibatkan diri dalam Seminar Ekonometrik di bawah kelolaan Kursus Ekonometrik dengan bertemakan “Kajian Empirikal Melalui Penggunaan Data Siri Masa” yang dianjurkan oleh Jabatan Ekonomi ini telah mendapat sokongan sepenuhnya dari pihak Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE). Menurut penasihat program Prof. Madya Dr. Norimah Rambeli @ Ramli, bidang ekonometrik ini mempunyai potensi yang besar kepada mahasiswa sekiranya berminat berkecimpung dalam bidang data analisis.Dengan adanya Seminar Ekonometrik ini secara langsung menjadi bukti komitmen yang tinggi dan tidak berbelah bahagi oleh FPE, UPSI di bawah Jabatan Ekonomi untuk menyediakan platform terbaik kepada pelajar bagi merasai sendiri pelaksanaan seminar di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.Seminar ekonometrik ini juga merupakan satu usaha gigih jabatan Ekonomi melalui kursus PEQ 3023 (Ekonometrik) bagi melahirkan generasi celik penyelidikan untuk negara.