
19 Julai 2024 – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerima kunjungan hormat delegasi daripada Universitas Islam Negeri Sultan Maulana Hasanuddin Banten, Indonesia pada 18 Julai di Perpustakaan Tuanku Bainun, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.Lawatan yang melibatkan 28 orang delegasi daripada UNY Sultan Maulana Hasanuddin Banten ini bertujuan mengukuhkan jalinan kerjasama antarabangsa antara kedua-dua universiti ini.Sesi lawatan ini dimulai dengan ucapan aluan oleh Timbalan Pengarah 1, Pusat Antarabangsa Dan Mobiliti, Dr. Nor Fadila Kasim.Lawatan ini juga menyaksikan sesi perbincangan mengenai penerbital jurnal, pertukaran pelajar antarabangsa, seminar dan sistem pembelajaran universiti.Menurut Timbalan Dekan (Kemasukan & Pengkuliahan) Institut Pengajian Siswazah UPSI, Prof Madya Dr. Hartini Jaafar berkata UNY Sultan Maulana Hasanuddin Banten sudah tidak asing bagi mereka dalam menjalinkan hubungan kerjasama.“Sebelum ini pihak Fakulti Pengurusan dan Ekonomi UPSI telah beberapa kali menghantar pensyarah dalam bidang Kewangan Islam dan Perakaunan sebagai tenaga pengajar di universiti tersebut,” katanya.
Related Posts
Perasmian Pameran Biblioterapi Perkukuh Literasi Emosi Melalui Pembacaan
UPSI Tekad Meningkatkan Minat Mahasiswa Dalam Subjek Matematik
Minggu Destinasi Ukhuwah: KAB Menyambut Mesra Pelajar Baharu Ambilan September 2024/2025
Program GECE CAMP 2024 FPM UPSI Kukuhkan Jaringan Antarabangsa
Program SiswaConnected@FSK Menyatukan Visi, Menggapai Cita
Pembentangan MyRA 2023 kekalkan kelas Lima Bintang