
21 Julai 2024 – Seramai 587 pelajar baharu berjaya ditempatkan di Kolej Awang Had Salleh (KAHS) bagi program Diploma ambilan Julai 2024/25. Proses pendaftaran yang berlangsung dengan lancar ini mendapat kerjasama penuh daripada pihak Pentadbiran, Felo, dan Majlis Mahasiswa Kolej sesi 2024/25. Pendaftaran kali ini melibatkan pelajar yang terdiri daripada tujuh buah fakulti antaranya FBK, FKMT, FMSP, FPE, FPM, FSM dan FSSKJ.Persiapan telah dilaksanakan bagi memastikan semua pelajar baharu dapat ditempatkan dengan selesa di KAHS. Pihak yang terlibat dalam pengurusan kolej telah berjaya menambah kapasiti penginapan dalam masa yang ditetapkan, sekali gus memastikan setiap pelajar mendapat tempat tinggal yang sesuai. Usaha ini melibatkan semua pihak yang bekerja keras untuk memudahkan perjalanan penempatan pelajar.Pengetua KAHS, Dr. Mardiana Ismail, turut hadir menyantuni ibu bapa dan pelajar baharu sepanjang proses pendaftaran. Dalam ucapannya yang ringkas, Dr. Mardiana menekankan kepentingan mematuhi peraturan dan tatasusila kolej. Beliau mengingatkan para pelajar agar sentiasa menjaga disiplin dan menghormati satu sama lain dalam kehidupan seharian di kolej.
Related Posts
UPSI Tekad Meningkatkan Minat Mahasiswa Dalam Subjek Matematik
Minggu Destinasi Ukhuwah: KAB Menyambut Mesra Pelajar Baharu Ambilan September 2024/2025
Program GECE CAMP 2024 FPM UPSI Kukuhkan Jaringan Antarabangsa
Program SiswaConnected@FSK Menyatukan Visi, Menggapai Cita
Pembentangan MyRA 2023 kekalkan kelas Lima Bintang
UPSI salur bantuan pendidikan kepada 5,387 murid di Perak