
3 Julai 2024 – Seramai 30 orang ahli komuniti dan guru di SK Pos Gedong berjaya mengikuti Kursus Asas Ternakan Kelulut anjuran Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) dengan kerjasama Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kursus yang dilaksanakan pada 3 dan 4 Julai 2024 bertempat di SK Pos Gedong ini berjaya menarik penyertaan yang sangat luar biasa daripada penduduk setempat. Selain daripada ditunjukkan kaedah yang tepat pemotongan log kelulut dan pemasangan topping, peserta juga diajar cara menghasilkan perangkap kelulut sebagai salah satu cara mudah untuk memperolehi koloni kelulut.
Related Posts
UPSI Tekad Meningkatkan Minat Mahasiswa Dalam Subjek Matematik
Minggu Destinasi Ukhuwah: KAB Menyambut Mesra Pelajar Baharu Ambilan September 2024/2025
Program GECE CAMP 2024 FPM UPSI Kukuhkan Jaringan Antarabangsa
Program SiswaConnected@FSK Menyatukan Visi, Menggapai Cita
Pembentangan MyRA 2023 kekalkan kelas Lima Bintang
UPSI salur bantuan pendidikan kepada 5,387 murid di Perak