5 Ogos 2024 – Pusat Kokurikulum, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Kursus Pedagogi untuk semua Tenaga Pengajar Kursus Kokurikulum Berkredit. Ini adalah seiring dengan salah satu syarat wajib baharu untuk lantikan bagi mengajar kursus kokurikulum berkredit seperti yang diluluskan oleh Senat Universiti. Kursus ini dijalankan secara fizikal dan dikelola oleh dua panel. Diantara subtopik yang dibincangkan adalah struktur dan proses mengajar, kawalan pengajaran, teknik kawalan suara serta gaya dan penilaian pembelajaran. Seramai 80 orang Tenaga Pengajar Kursus Kokurikulum Berkredit Pusat Kokurikulum, UPSI telah menyertai kursus ini.
Related Posts
Perasmian Pameran Biblioterapi Perkukuh Literasi Emosi Melalui Pembacaan
UPSI Tekad Meningkatkan Minat Mahasiswa Dalam Subjek Matematik
Minggu Destinasi Ukhuwah: KAB Menyambut Mesra Pelajar Baharu Ambilan September 2024/2025
Program GECE CAMP 2024 FPM UPSI Kukuhkan Jaringan Antarabangsa
Program SiswaConnected@FSK Menyatukan Visi, Menggapai Cita
Pembentangan MyRA 2023 kekalkan kelas Lima Bintang

