
1 Ogos 2024 – Mahasiswa Matematik, Fakulti Sains dan Matematik (FSM) dengan kerjasama Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) dalam Projek Pemindahan Ilmu (Knowledge Transfer Program) dibawah dana tajaan Geran KTP RMIC UPSI menjayakan program Kembara Angka siri empat yang berlangsung di SMJK Chong Hwa, Kuala Lumpur.Program bersiri ini berlangsung pada 1 Ogos 2024 melibatkan 40 orang murid tingkatan 3 dan 4 dari SMJK Chong Hwa.Program pemindahan ilmu yang dilaksanakan di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chong Hwa, Kuala Lumpur ini berfokuskan kepada murid sekolah ini dalam menguasai dan meningkatkan kemahiran subjek Matematik.Program ini berjaya mencapai objektif untuk memperkukuh pembelajaran matematik dan memberi manfaat jangka panjang kepada prestasi akademik murid – murid.
Related Posts
Perasmian Pameran Biblioterapi Perkukuh Literasi Emosi Melalui Pembacaan
UPSI Tekad Meningkatkan Minat Mahasiswa Dalam Subjek Matematik
Minggu Destinasi Ukhuwah: KAB Menyambut Mesra Pelajar Baharu Ambilan September 2024/2025
Program GECE CAMP 2024 FPM UPSI Kukuhkan Jaringan Antarabangsa
Program SiswaConnected@FSK Menyatukan Visi, Menggapai Cita
Pembentangan MyRA 2023 kekalkan kelas Lima Bintang