4 Julai 2024 – Persatuan Mahasiswa Matematik (PMMU) telah melaksanakan program Outreach 2.0: Mastermind Maths yang melibatkan seramai 30 orang fasilitator dan 2 orang pensyarah UPSI pada 4 Julai 2024 bertempat di Sekolah Kebangsaan Sungkai, Perak.Program Outreach 2.0 : Mastermind Maths ini merupakan sebuah program kesinambungan daripada program Outreach 1.0: Math & AddMath Fun Games yang telah diadakan di MRSM Kuala Kubu Bharu sebelum ini yang bertujuan mengembangkan minat murid terhadap mata pelajaran Matematik di samping membantu murid menguasai dan mengaplikasi Matematik dalam pembelajaran serta kehidupan seharian.Program Outreach 2.0: Mastermind Maths melaksanakan aktiviti berbentuk Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang melibatkan 5 slot aktiviti iaitu Money Heist, Menara Impian, Emoji Breaker, Tampal dan Menang serta Merentas Masa. Aktiviti ini menggalakkan murid untuk mengira dengan pantas dan tepat dalam menyelesaikan masalah matematik yang melibatkan topik nombor bulat dan operasi, wang, bentuk geometri dan tiga dimensi, pembundaran serta masa dan waktu.Pelaksanaan program Outreach 2.0: Mastermind Maths menerapkan pendekatan pembelajaran berasaskan permainan (Game Based Learning) dapat mencapai objektif pembelajaran yang berkesan. Di samping itu pendekatan ini juga dapat menanamkan kemahiran seperti kerja secara berpasukan, sosialisasi dan kepimpinan yang secara tidak langsung memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih komprehensif.Melihat kepada impak dan respon positif yang diterima daripada pihak guru SK Sungkai serta murid yang terlibat dalam program Outreach 2.0: Mastermind Maths itu sendiri menjadikan program ini sebagai salah satu program yang berjaya dan sewajarnya dilakukan pada masa akan datang.
Related Posts
- Jelajah Sains Dan Matematik Sekolah Bitara Siri-1 Meriahkan SMK Kampong Soeharto
- Jalinan Kasih Mahabbah Perkukuh Ukhuwah Komuniti Orang Asli Dengan Mahasiswa UPSI
- Syarahan Budiman Prof. Dr. Azmil Hashim: ‘Dinamika Pendidikan Tahfiz Al-Quran di Malaysia’
- Majlis Anugerah Kepimpinan Mahasiswa Fakulti Pembangunan Manusia 2024
- Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Perak, Pejabat Pendidikan Daerah Muallim Rancang Program Kolaborasi
- Kunjungan Kasih Ke Pusat Jagaan Anak Yatim Dan Asnaf Zakat Baitul Mahabbah