Majlis Anugerah Kepimpinan Mahasiswa Fakulti Pembangunan Manusia 2024

10 Julai 2024 – Fakulti Pembangunan Manusia (FPM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan Majlis Anugerah Kepimpinan Mahasiswa Fakulti Pembangunan Manusia 2024 (AKM FPM 2024) bertempat di Bilik Seminar Aminuddin Baki, Blok 9, Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS). Anugerah Kepimpinan Mahasiswa FPM 2024 ini merupakan usaha FPM untuk memberi anugerah kepada badan persatuan di bawah pengurusan FPM serta memberi penghargaan kepada semua penasihat persatuan FPM.AKM FPM 2024 ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada semua Penasihat Persatuan Badan Pelajar FPM dan memberi anugerah serta apresiasi kepada semua persatuan di bawah pengurusan FPM. Majlis ini juga dapat memupuk kerjasama antara warga FPM serta menyatukan semua persatuan FPM. AKM FPM 2024 ini juga bertujuan untuk meraikan semua persatuan FPM yang telah menyumbangkan kepada fakulti serta meningkatkan imej fakulti dalam pelbagai bidang.Majlis yang dihadiri oleh 120 warga FPM ini berjaya dilaksanakan dengan kolaborasi 6 persatuan pelajar di bawah pengurusan FPM dirasmikan oleh Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) FPM Profesor Madya Dr. Abdul Halim Masnan dan dihadiri oleh Profesor Madya Dr. Hazalizah Hamzah, Ketua Jabatan Psikologi.Menurut Profesor Madya Dr. Abdul Halim, “Saya berharap agar majlis ini boleh meningkatkan semangat dan motivasi kepada semua Badan Persatuan FPM untuk terus menganjurkan program-program yang berimpak tinggi serta mengharumkan nama fakulti. Diharapkan agar mahasiswa FPM dapat menang banyak anugerah di AKP UPSI 2024 serta meningkatkan kemahiran kepimpinan mahasiswa.”Beliau juga menyatakan pengurusan FPM akan memberi sokongan penuh kepada semua persatuan dalam sebarang penganjuran program. Beliau juga menekankan kerjasama antara warga fakulti dan antara persatuan adalah sangat penting dan terharu dengan penganjuran majlis ini kerana majlis ini berjaya menyatukan semua persatuan di bawah pengurusan FPM iaitu Persatuan Sahabat Komuniti (PeSKo), Persatuan Psikologi, Persatuan Bimbingan dan Kaunseling (KASIH), Persatuan Mahasiswa Program Pendidikan Khas (PM2PK), Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK), dan Persatuan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAKK).