Lawatan LPU UPSI ke Sekolah Seri Budiman UPSI

15 Julai 2024 – Lembaga Pengurusan Universiti Pendidikan Sultan Idris (LPU) mengadakan lawatan rasmi ke Sekolah Seri Budiman, UPSI bertujuan untuk meninjau keadaan sekolah setelah 4 bulan beroperasi.Kehadiran Pengarah LPU, YBhg. Puan Sri Datuk Seri Rohani Parkash Abdullah bersama ahli-ahli LPU yang lain, telah memberikan peluang bagi pihak sekolah untuk mempersembahkan kemajuan dan pencapaian yang telah dicapai sejak pembukaannya. Lawatan ini juga menjadi platform penting untuk mengemukakan sebarang cabaran yang dihadapi oleh pihak sekolah.