
10 Ogos 2024 – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerima kemasukan pelajar baharu Diploma daripada pelbagai bidang program pengajian.
Dengan matlamat memberi pendedahan kepada pelajar baharu mengenali lebih mendalam tentang UPSI, Fakulti Pembangunan Manusia (FPM) sekali lagi menyahut seruan universiti dengan mengadakan orientasi pelajar selama seminggu yang lebih dikenali sebagai Program Minggu Haluan Siswa (MinHaS FPM) yang melibatkan seluruh warga FPM melalui kerjasama Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (JPAKK), Persatuan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (DPAKK) dan juga Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sidang 2023/2024.
Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada seramai 87 orang pelajar baharu Diploma PAKK, FPM untuk mengenali UPSI dan fakulti dengan lebih mendalam yang melibatkan dua kampus utama, jelajah universiti iaitu Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS) dan Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS).
Related Posts
UPSI Tekad Meningkatkan Minat Mahasiswa Dalam Subjek Matematik
Minggu Destinasi Ukhuwah: KAB Menyambut Mesra Pelajar Baharu Ambilan September 2024/2025
Program GECE CAMP 2024 FPM UPSI Kukuhkan Jaringan Antarabangsa
Program SiswaConnected@FSK Menyatukan Visi, Menggapai Cita
Pembentangan MyRA 2023 kekalkan kelas Lima Bintang
UPSI salur bantuan pendidikan kepada 5,387 murid di Perak