
4 Ogos 2024-Persatuan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Sidang 2024/2025 (DPAKK) iaitu Program Terokai Alam Kasih Tercipta (TAKaT) melalui kerjasama Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), UPSI yang diketuai oleh Pengarah Program TAKaT, Siti Nur Balqis Mohd Asrul selaku Pengarah Program TAKaT bertempat di Kem Sungai Dara, Tanjong Malim, Perak pada 4 Ogos 2024 yang lalu. Seramai 40 orang peserta daripada kalangan ahli Persatuan DPAKK mengikuti program ini yang dinaungi bersama oleh Penasihat Persatuan DPAKK iaitu Puan Norrulkamari Daud. Program ini bermatlamatkan bagi memantapkan lagi semangat kepimpinan serta nilai jati diri dan nilai insaniah dalam kalangan peserta program, pada masa sama dapat memperkemaskan lagi strategi organisasi dalam persatuan.
Related Posts
UPSI Tekad Meningkatkan Minat Mahasiswa Dalam Subjek Matematik
Minggu Destinasi Ukhuwah: KAB Menyambut Mesra Pelajar Baharu Ambilan September 2024/2025
Program GECE CAMP 2024 FPM UPSI Kukuhkan Jaringan Antarabangsa
Program SiswaConnected@FSK Menyatukan Visi, Menggapai Cita
Pembentangan MyRA 2023 kekalkan kelas Lima Bintang
UPSI salur bantuan pendidikan kepada 5,387 murid di Perak