FSM jayakan kursus amali penyaduran kali kedua, inisiatif tingkatkan kompetensi pelajar vokasional

7 Ogos 2024 – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Jabatan Kimia, Fakulti Sains dan Matematik (FSM) melaksanakan Kursus Pembelajaran Kolej Vokasional – Jabatan Kimia: Amali Penyaduran.

Program ini, yang merupakan anjuran kali kedua, melibatkan penyertaan seramai 23 pelajar dan 3 guru pengiring dari Kolej Vokasional Slim River.

Kursus ini dilaksanakan khusus untuk mendedahkan pelajar kepada dunia sains dan teknologi kimpalan melalui pendekatan yang seimbang antara teori dan amali.