
26 Jun 2024 – Secara ringkas, program Kenduri FPM ini bukan sekadar untuk menikmati makanan bersama, tetapi juga mempunyai nilai-nilai dalam mempererat hubungan sosial, mengeratkan perpaduan dan melestarikan tradisi budaya dalam warga kerja fakulti. Oleh itu, amalan ini perlu diteruskan dan dipupuk dalam kalangan ahli fakulti.Program Kenduri FPM di Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah berjaya dilaksanakan pada 26 Jun 2024. Program ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara ahli fakulti dengan menerapkan semangat kebersamaan dan saling bekerjasama melalui aktiviti rewang dengan memasak bersama-sama. Disamping itu juga, program ini diadakan bersempena menyambut Hari Raya Aidiladha dan perkongsian rezeki daripada penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang serta sumbangan daripada warga Fakulti.
Program ini melibatkan penyertaan semua warga kerja Fakulti yang berjumlah seramai 155 orang dan ini merupakan program sulung yang julung-julung kali diadakan melibatkan aktiviti rewang untuk persiapan menjayakan majlis kenduri FPM. Aktiviti yang dimulakan seawal 8.00 pagi dengan merewang untuk menyediakan sajian bagi kenduri dan aktiviti merewang telah diketuai oleh Profesor Madya Dr. Mohd Nazir bin Md Zabit.
Program Kenduri FPM telah dirasmikan oleh Profesor Madya Dr. Abdul Talib bin Mohamed Hashim, Dekan Fakulti Pembangunan Manusia, UPSI. Peserta secara berkumpulan telah diagihkan mengikut tugasan serta diberikan peralatan yang bersesuaian. Program kenduri pada kali ini memfokuskan kepada penyediaan set Nasi Daging dan dijalankan sekitar FPM. Barisan Pengurusan Tertinggi FPM juga turut turun padang ke Kenduri FPM bagi memeriahkan lagi program.
Sepanjang program ini berjalan, staf telah bekerjasama menyediakan bahan dan memasak beberapa juadah kenduri iaitu nasi daging , kuah dalca,air asam, pisang goreng dan cucur bilis. Aktiviti pada kali ini bukan sahaja mengeratkan hubungan di antara staf pentadbiran dan akademik malah memupuk semangat sepasukan ahli fakulti bagi menjayakan Kenduri FPM.
Program ini memberi impak positif kepada peserta dengan menyemarakkan semangat kemasyarakatan serta mewujudkan suasana kegembiraan dan keakraban dalam kalangan ahli fakulti yang hadir. Selain itu, turut dianjurkan majlis penghargaan staf pentadbiran yang bakal bertukar ke Pusat Tanggungajawab baharu sebagai salah satu usaha dalam mengikitiraf dan menghargai segala sumbangan dan khidmat yang cemerlang diberikan oleh pegawai.Secara ringkas, program Kenduri FPM ini bukan sekadar untuk menikmati makanan bersama, tetapi juga mempunyai nilai-nilai dalam mempererat hubungan sosial, mengeratkan perpaduan dan melestarikan tradisi budaya dalam warga kerja fakulti. Oleh itu, amalan ini perlu diteruskan dan dipupuk dalam kalangan ahli fakulti.
Related Posts
UPSI Tekad Meningkatkan Minat Mahasiswa Dalam Subjek Matematik
Minggu Destinasi Ukhuwah: KAB Menyambut Mesra Pelajar Baharu Ambilan September 2024/2025
Program GECE CAMP 2024 FPM UPSI Kukuhkan Jaringan Antarabangsa
Program SiswaConnected@FSK Menyatukan Visi, Menggapai Cita
Pembentangan MyRA 2023 kekalkan kelas Lima Bintang
UPSI salur bantuan pendidikan kepada 5,387 murid di Perak