Perpustakaan Tuanku Bainun ‘rumah kedua’ masyarakat Muallim

1 Februari 2024 – Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) membuka pintu seluas-luasnya kepada orang ramai menerusi penganjuran Hari Terbuka Perpustakaan selama tiga hari bermula pada 1 hingga 3 Februari bagi memberi ruang mengenali dengan lebih dekat fungsi perpustakaan sebagai tempat galakan membudayakan ilmu, pembacaan dan pembelajaran.Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff yang menyempurnakan majlis perasmian ini memetik kata-kata daripada Buya Hamka bahawa “orang yang berakal, hidupnya untuk masyarakat”. Justeru, Hari Terbuka ini adalah satu inisiatif yang amat baik supaya kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan bukan sahaja untuk warga UPSI tetapi juga boleh digunapakai bersama masyarakat setempat.Pada majlis yang sama, Dato’ Dr. Md Amin turut melancarkan buku bertajuk “Dari Dussek ke Perpustakaan Tuanku Bainun” yang dihasilkan oleh pustakawan-pustakawan PTB.Kehadiran lebih kurang 3,000 pengunjung selama tiga hari berturut-turut membuktikan perpustakaan ini menjadikan bumi Muallim sebagai bumi ilmu. Manakala Ketua Pustakawan PTB, Noriha Muhammad berkata pelbagai aktiviti acara diadakan sempena hari terbuka ini.ntaranya adalah bengkel Copywriting,Storytelling & Storyselling, Let’s Talk@UPSI bersama Masitah Affandy atau lebih dikenali sebagai Puan Mashy, demo memasak bersama Shafiq Cute dan yang paling menerujakan adalah aktiviti bermalam di perpustakaan julung kali diadakan di peringkat perpustakaan akademik.