
15 Julai 2024– Gerak Kerja Minggu Intelektual dan Interaksi Anak Kandung Suluh Budiman (MILLENIA) telah bermula 15 hingga 21 Julai 2024. MILLENIA ini ditubuhkan bersempena dengan kemasukan pelajar diploma baharu yang dijadualkan mendaftar pada 21 Julai 2024. Rakan Millenia juga merupakan sukarelawan yang terpilih berdasarkan sesi temuduga yang telah dijalankan bagi membantu gerak kerja sebelum, semasa dan selepas bersempena kemasukan pelajar.Proses gerak kerja bermula seawal seminggu sebelum tarikh kemasukan, melibatkan pelbagai aktiviti dan persiapan bagi memastikan kelancaran pendaftaran pelajar baharu. Tugas utama Rakan Millenia termasuklah memberi bantuan dan sokongan kepada pelajar baharu, memastikan segala urusan pendaftaran berjalan dengan lancar, serta menjaga kebajikan mereka.Minggu Intelektual dan Interaksi ini juga akan merangkumi pelbagai aktiviti intelektual dan interaksi yang bertujuan untuk memperkenalkan pelajar baharu kepada budaya akademik dan kehidupan kampus. Pengisian aktiviti ini termasuk sesi taklimat, sesi perkenalan, dan latihan dalam kumpulan yang akan memberikan pelajar baharu peluang untuk mengenali struktur dan peratuan universiti disamping mengenali rakan-rakan baru sekaligus memahami lebih mendalam mengenai kursus yang mereka akan ikuti.Dengan kerjasama Rakan Millenia, diharapkan Minggu Intelektual dan Interaksi Anak Kandung Suluh Budiman (MILLENIA) ini akan menjadi pengalaman yang bermakna dan memberi inspirasi kepada pelajar baharu yang bakal memulakan perjalanan akademik mereka di Tanjong Malim.
Related Posts
Perasmian Pameran Biblioterapi Perkukuh Literasi Emosi Melalui Pembacaan
UPSI Tekad Meningkatkan Minat Mahasiswa Dalam Subjek Matematik
Minggu Destinasi Ukhuwah: KAB Menyambut Mesra Pelajar Baharu Ambilan September 2024/2025
Program GECE CAMP 2024 FPM UPSI Kukuhkan Jaringan Antarabangsa
Program SiswaConnected@FSK Menyatukan Visi, Menggapai Cita
Pembentangan MyRA 2023 kekalkan kelas Lima Bintang