
11 Julai 2024 – Majlis Serah Tugas dan Watikah Pelantikan Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar (MMK KUO) 2024 menandakan permulaan bagi kepimpinan baru, tetapi juga merupakan kesempatan untuk meraikan kejayaan terdahulu dan mengukuhkan aspirasi masa depan. Dalam acara bersejarah ini, penghargaan diberikan kepada 32 orang mantan Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar (MMK KUO) Sidang 2023/2024 yang lebih dikenali sebagai sidang ARKANA. Pengiktirafan juga disampaikan atas pencapaian Kolej Bitara, serta penyerahan watikah pelantikan kepada penyambung legasi MMK KUO 2024/2025.MMK KUO Sidang Arkana 2023/2024 telah menempuh tahun yang penuh cabaran dalam mengembalikan kegemilangan dan kejayaan bagi MMK KUO. Sepanjang tempoh tersebut, MMK KUO telah menunjukkan komitmen yang luar biasa dalam mempertingkatkan kualiti kehidupan mahasiswa, menganjurkan pelbagai aktiviti bermanfaat, dan memimpin dengan penuh dedikasi. Sidang Arkana ini telah berjaya menjalankan pelbagai program yang memberi impak positif kepada pembangunan diri, aktiviti kebajikan, dan usaha-usaha meningkatkan semangat kekeluargaan di kalangan mahasiswa.Isam Julasili, Pengarah Program Majlis Serah Tugas dan Watikah Pelantikan Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar (MMK KUO) 2024 berkata “Penghargaan kepada MMK KUO Sidang 2023/2024 adalah satu pengiktirafan terhadap usaha keras dan sumbangan mereka sepanjang kepimpinan sidang Arkana. Acara ini bertujuan untuk menghargai segala usaha dan dedikasi yang telah ditunjukkan. Penganugerahan sijil penghargaan dan ucapan terima kasih adalah simbolik kepada pengiktirafan terhadap pencapaian mereka yang telah membawa perubahan positif dan meninggalkan legasi yang kukuh dalam sejarah Kolej Ungku Omar.Dengan kepimpinan baru yang ada, semoga Kolej Ungku Omar akan terus berkembang maju, melata mahasiswa yang berwawasan dan berkepimpinan cemerlang dalam membentuk masa depan yang lebih baik dan mengekalkan kolej bitara pada masa akan datang.
Related Posts
UPSI Tekad Meningkatkan Minat Mahasiswa Dalam Subjek Matematik
Minggu Destinasi Ukhuwah: KAB Menyambut Mesra Pelajar Baharu Ambilan September 2024/2025
Program GECE CAMP 2024 FPM UPSI Kukuhkan Jaringan Antarabangsa
Program SiswaConnected@FSK Menyatukan Visi, Menggapai Cita
Pembentangan MyRA 2023 kekalkan kelas Lima Bintang
UPSI salur bantuan pendidikan kepada 5,387 murid di Perak