Pusat Alumni Ziarah Keluarga Nur Farah Kartini

24 Julai 2024 – Pencarian kepada kehilangan Nur Farah Kartini berakhir apabila jasadnya ditemukan di ladang kelapa sawit, Kg. Sri Keledang, Selangor dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dijalankan bedah siasat. Pusat Alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tidak ketinggalan menyampaikan sumbangan kepada ahli keluarga Allahyarhamah Nur Farah Kartini yang juga alumni Anak Kandung Suluh Budiman, UPSI. Sumbangan ini diberikan sebagai tanda prihatin dan kasih sayang daripada pihak Pusat Alumni agar dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga allahyarhamah.