Hari Bertemu Pelanggan Tingkat Kesedaran Pengurusan Sumber Manusia

25 Julai 2024 – Bahagian Sumber Manusia (BSM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan Hari Bertemu Pelanggan 2024 bertempat di Atrium Bangunan Canselori, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI. Program yang diadakan pada 24 Julai 2024 itu merupakan satu inisiatif bagi membantu menyelesaikan permasalahan berkaitan sumber manusia serta memberi pemahaman dan penjelasan berkaitan isu-isu sumber manusia dengan lebih jelas dan efisyen. Penganjuran Hari Bertemu Pelanggan BSM ini juga bersempena dengan sambutan bulan Human Resources Management System (HRMIS) pada bulan Julai 2024 bertemakan “Ketepatan Data Aspirasi Kita”.