
29 Julai 2024 – Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak, Puan Sayani Haji Saidon melakukan satu kunjungan hormat bersama 6 orang pegawai ke Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini.Pertemuan dua hala ini bertujuan membincangkan dan memperkukuhkan peluang kerjasama strategik terutama dari segi inisiatif yang disediakan oleh pihak UPSI dalam mendidik dan memberi kesedaran kepada komuniti mengenai kepentingan keselamatan.Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff di dalam ucapan beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia kerana sentiasa menyalurkan khidmat pelindungan dan kemanusiaan semasa berlakunya apa-apa bencana.
Related Posts
Perasmian Pameran Biblioterapi Perkukuh Literasi Emosi Melalui Pembacaan
UPSI Tekad Meningkatkan Minat Mahasiswa Dalam Subjek Matematik
Minggu Destinasi Ukhuwah: KAB Menyambut Mesra Pelajar Baharu Ambilan September 2024/2025
Program GECE CAMP 2024 FPM UPSI Kukuhkan Jaringan Antarabangsa
Program SiswaConnected@FSK Menyatukan Visi, Menggapai Cita
Pembentangan MyRA 2023 kekalkan kelas Lima Bintang