Lawatan Santun SMK Jabi Ke Pusat Ulul Albab

30 Julai 2024 – Pusat Ulul Albab telah menerima lawatan santun daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Jabi, Kedah yang melibatkan seramai 22 pelajar Pendidikan Khas dan 5 orang guru. Lawatan tesebut juga dihadiri oleh 8 orang staf Pusat Ulul Albab termasuk Pengarah Pusat Ulul Albab, Dr. Sakinah Binti Salleh. Tujuan lawatan ini dijalankan bagi memahami dengan lebih lanjut mengenai program pendidikan yang ditawarkan serta berinteraksi dengan pensyarah dan pelajar serta melihat kemudahan yang disediakan oleh pihak pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris. Bukan itu sahaja, pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Jabi juga berharap lawatan ini dapat memberikan pendedahan yang bermanfaat serta maklumat yang bermanfaat kepada pelajar yang terlibat. Lawatan ini dirasmikan oleh Pengarah Pusat Ulul Albab, Dr. Sakinah Binti Salleh, beliau berkata lawatan ini merupakan satu inisiatif yang baik untuk memupuk semangat pendidikan dan memberi pendedahan kepada pelajar.