
3 Julai 2024 – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan dan Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (EDGE), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menganjurkan Kursus Pensijilan CPR and AED Traning.Seramai 35 orang mahasiswa UPSI mengikut kursus ini. Kursus ini dapat memberi manfaat kepada pelajar tindakan dan prosedur yang betul ketika berlaku kecemasan.Kursus Pensijilan CPR dan AED bertujuan untuk memberikan peluang kepada mahasiswa UPSI memperoleh sijil asas CPR dan AED. Pensijilan ini penting bagi memastikan pelajar diperakui dan layak untuk melakukan CPR dan AED apabila mereka menjalankan tugas.Tambahan pula, selari dengan konsep BITARA, huruf B yang dinyatakan oleh Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff iaitu Bakat Unggul dan Holistik menjamin masa depan mahasiswa UPSI dan menjadi tambah nilai kepada mahasiswa yang menyertainya.
Related Posts
Perasmian Pameran Biblioterapi Perkukuh Literasi Emosi Melalui Pembacaan
UPSI Tekad Meningkatkan Minat Mahasiswa Dalam Subjek Matematik
Minggu Destinasi Ukhuwah: KAB Menyambut Mesra Pelajar Baharu Ambilan September 2024/2025
Program GECE CAMP 2024 FPM UPSI Kukuhkan Jaringan Antarabangsa
Program SiswaConnected@FSK Menyatukan Visi, Menggapai Cita
Pembentangan MyRA 2023 kekalkan kelas Lima Bintang