
Kursus Organisasi Dinamik Majlis Jawatankuasa Sahabat Ulul Albab (MJKESUA) berjaya diadakan dengan jayanya di Taman Negara dari 9 hingga 11 Ogos 2024, menampilkan pengisian berfokus kepada pengurusan organisasi MJKESUA, struktur organisasi, serta peranan dan tanggungjawab ahli-ahlinya.
Program ini berlangsung dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan bermanfaat, termasuklah jungle trekking, rapid shooting, dan canopy walk way. Aktiviti-aktiviti fizikal ini bukan sahaja menguji ketahanan fizikal peserta, malah juga memupuk semangat berpasukan dan ketahanan mental yang penting dalam pengurusan sesebuah organisasi.
Selain daripada aktiviti fizikal, peserta turut didedahkan dengan gaya kepimpinan yang berkesan dan teknik motivasi yang bertujuan untuk memperkasa lagi daya kepimpinan dalam kalangan ahli MJKESUA.
Related Posts
UPSI Tekad Meningkatkan Minat Mahasiswa Dalam Subjek Matematik
Minggu Destinasi Ukhuwah: KAB Menyambut Mesra Pelajar Baharu Ambilan September 2024/2025
Program GECE CAMP 2024 FPM UPSI Kukuhkan Jaringan Antarabangsa
Program SiswaConnected@FSK Menyatukan Visi, Menggapai Cita
Pembentangan MyRA 2023 kekalkan kelas Lima Bintang
UPSI salur bantuan pendidikan kepada 5,387 murid di Perak