Dalam usaha membentuk generasi pemimpin yang berdaya saing dan berintegriti, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) menganjurkan program Kursus Pengurusan Organisasi di Taman Negara, Pahang pada 09 hingga 11 Ogos 2024.
Kursus ini disertai oleh 25 pelajar dari barisan Majlis Mahasiswa Kediaman Luar Kampus (MMKLK) Sidang 2024/2025.Program yang bertemakan ‘Kepimpinan Dinamik, Masa Depan Progresif’ ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kemahiran kepimpinan, komunikasi, dan kerja berpasukan.
Turut sama dalam program ini ialah pengetua, staf pentadbiran serta 14 felo UKLK yang berperanan membantu dalam melancarkan lagi perjalanan program ini.
Related Posts
- MinHaS FPM jalin kemesraan pelajar baharu
- FSM jayakan kursus amali penyaduran kali kedua, inisiatif tingkatkan kompetensi pelajar vokasional
- FKMT dan STDC intai peluang kolaborasi
- Ceramah Pengurusan Risiko dan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan di PTB
- Temu dan Tegur Ibu kandung Suluh Budiman Antarabangsa Riau, Indonesia dan jejak alumni di Bukit Tinggi & Padang
- Mahasiswa UPSI, KRT Slim River pupuk kerjasama cegah wabak denggi