Pada 6 Julai 2024, PERSSAP telah menganjurkan program mother nature’s landscape di perkampungan orang asli. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran penduduk dan pelajar terhadap amalan kelestarian alam sekitar melalui beberapa aktiviti yang dijalankan serta mewujudkan persekitaran yang menarik dan kondusif untuk kegunaan masyarakat setempat.
Seterusnya, para pelajar UPSI diberi peluang untuk mempelajari tentang kehidupan, adat dan budaya di samping merapatkan jurang di antara pelajar dan penduduk komuniti dengan memupuk sifat saling menolong dan bekerjasama di antara kedua-dua pihak.
Aktiviti dimulakan dengan pembahagian kumpulan yang merangkumi AJK pelaksana dan penduduk komuniti agar gerak kerja tugasan untuk aktiviti program berlangsung dengan jayanya. Aktiviti ini dimulakan dengan penerangan setiap tugasan daripada AJK Aktiviti dan Peralatan.
Seterusnya, pembahagian kumpulan yang merangkumi AJK pelaksana dan penduduk komuniti telah dipecahkan kepada tiga kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai aktiviti masing- masing iaitu membersih dan menghias kawasan, menanam anak pokok, dan mengecat bangunan kawasan yang terpilih. Implikasi daripada aktiviti tersebut ialah AJK pelaksana mendapat peluang dengan lebih dekat untuk berkomunikasi dengan penduduk setempat.
Akhirnya, kawasan yang dijadikan pemilihan tempat untuk melaksanakan aktiviti ini berubah menjadi ceria dan indah.
Related Posts
- MinHaS FPM jalin kemesraan pelajar baharu
- FSM jayakan kursus amali penyaduran kali kedua, inisiatif tingkatkan kompetensi pelajar vokasional
- FKMT dan STDC intai peluang kolaborasi
- Ceramah Pengurusan Risiko dan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan di PTB
- Temu dan Tegur Ibu kandung Suluh Budiman Antarabangsa Riau, Indonesia dan jejak alumni di Bukit Tinggi & Padang
- Mahasiswa UPSI, KRT Slim River pupuk kerjasama cegah wabak denggi