Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mencatat sejarah gemilang apabila dinobatkan sebagai Johan peringkat UPSI dan Daerah Muallim 2024 dalam Pertandingan Bilik Penyusuan Susu Ibu sempena Karnival Keluarga Sejahtera Merdeka. Karnival Keluarga Sejahtera Merdeka, yang dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Muallim dengan kerjasama Pusat Kesihatan Universiti, PEWARIS, NCDRC, dan Fakulti Muzik dan Seni Persembahan UPSI, berlangsung dengan tema ‘Rapatkan Jurang: Sokong Susu Ibu Sepenuhnya’. Acara ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penyusuan susu ibu, serta mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan keluarga.
Related Posts
- MinHaS FPM jalin kemesraan pelajar baharu
- FSM jayakan kursus amali penyaduran kali kedua, inisiatif tingkatkan kompetensi pelajar vokasional
- FKMT dan STDC intai peluang kolaborasi
- Ceramah Pengurusan Risiko dan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan di PTB
- Temu dan Tegur Ibu kandung Suluh Budiman Antarabangsa Riau, Indonesia dan jejak alumni di Bukit Tinggi & Padang
- Mahasiswa UPSI, KRT Slim River pupuk kerjasama cegah wabak denggi