Seramai 28 murid dari Sekolah Rendah Seri Budiman (SRSB) telah berpeluang menyertai program Hands-On Virtual Reality and Robotic for Kids yang diadakan di Bilik Simulasi CPRI, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Program ini merupakan hasil kerjasama erat antara pihak NICE, UHSB, pihak industri G Plus Tech Sdn Bhd, dan CPRI. Program inovatif ini memberi pendedahan awal kepada murid-murid SRSB mengenai penggunaan teknologi canggih seperti Virtual Reality (VR) dalam pembelajaran. Selain itu, mereka juga didedahkan kepada penggunaan Robotik yang berfungsi untuk merangsang pemikiran kritis dan kreatif dalam kalangan murid.
Related Posts
- MinHaS FPM jalin kemesraan pelajar baharu
- FSM jayakan kursus amali penyaduran kali kedua, inisiatif tingkatkan kompetensi pelajar vokasional
- FKMT dan STDC intai peluang kolaborasi
- Ceramah Pengurusan Risiko dan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan di PTB
- Temu dan Tegur Ibu kandung Suluh Budiman Antarabangsa Riau, Indonesia dan jejak alumni di Bukit Tinggi & Padang
- Mahasiswa UPSI, KRT Slim River pupuk kerjasama cegah wabak denggi