
Pusat Alumni menganjurkan Program Temu dan Tegur Ibu Kandung Suluh Budiman Antarabangsa Riau, Indonesia pada 5 Ogos 2024. Program ini diadakan di Ruang Gedung Rektorat, Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau telah berjaya menghimpunkan Alumni Anak Kandung Suluh Budiman dan juga turut hadir adalah pelajar-pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di Ibu Kandung Suluh Budiman.
UPSI dihadiri oleh Pengarah Pusah Alumni, Dr. Siti Hartini Azmi; Pengarah Ulul Albab, Dr. Sakinah Salleh dan juga Penyelaras Pusat Ulul Albab, Dr. Tajul Rosli Shuib. Manakala, wakil dari pihak UIN Suska Riau turut dihadiri oleh wakil Rektor III Bidang Kemahasiswaan dan Kerjasama, Prof. Edi Erwan.
Objektif program ini adalah untuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama dengan Alumni, mempererat hubungan di antara kedua universiti serta dapat mempromosikan UPSI kepada pelajar Riau. Selain itu, dapat memberi perkongsian “Success Story” terkini Pusat Alumni UPSI kepada pelajar di Riau. Program ini dimulakan dengan ucapan aluan daripada Prof. Edi Erwan yang menekankan kepentingan kerjasama antara universiti dalam meningkatkan kualiti pendidikan.
Program ini juga turut memberi peluang kepada pelajar dari dua universiti untuk saling bertukar pandangan, pengalaman dalam usaha untuk meneruskan hubungan kerjasama ini. Sesi perkongsian ini diharapkan dapat memberi wawasan dan motivasi baru kepada para pelajar untuk terus meningkatkan pencapaian diri ke tahap yang lebih tertinggi di UPSI.
Related Posts
UPSI Tekad Meningkatkan Minat Mahasiswa Dalam Subjek Matematik
Minggu Destinasi Ukhuwah: KAB Menyambut Mesra Pelajar Baharu Ambilan September 2024/2025
Program GECE CAMP 2024 FPM UPSI Kukuhkan Jaringan Antarabangsa
Program SiswaConnected@FSK Menyatukan Visi, Menggapai Cita
Pembentangan MyRA 2023 kekalkan kelas Lima Bintang
UPSI salur bantuan pendidikan kepada 5,387 murid di Perak