UPSI dan HCMUTE perluas jaringan universiti pendidikan antarabangsa

Tujuan utama lawatan ini dijalankan adalah untuk memperluaskan jaringan antara dua buah institusi yang bertaraf antarabangsa dalam bidang pendidikan dan sosial. Delegasi ilmu yang dijalankan ini juga merupakan medium perhubungan melalui perbincangan antara dua buah institusi pendidikan iaitu UPSI, Malaysia bersama HCMUTE, Vietnam ke arah membentuk satu jaringan yang lebih meluas dengan menjadikan UPSI lebih dikenali di seluruh dunia. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan KHAR untuk memupuk hubungan antarabangsa dan memperluas cakrawala pendidikan serta budaya.