UPSI perkasa pendidikan melalui mini library di negara Asia Tenggara Timur

Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid sidang 2023/2024 (MMKHAR) mengambil inisiatif dengan mengadakan program bersama masyarakat setempat iaitu “Masih Ada Yang Sayang” melalui kerjasama Masjid Jamiul Anwar dan Madrasah Al-Nur, Ho Chi Minh City, Vietnam. Program yang dilaksanakan pada 9 Ogos 2024 ini bersama pelajar Madrasah Al-Nur dan peserta program Global Outreach UPSI to Vietnam 2024. Antara objektif utama pelaksanaan program “Masih Ada Yang Sayang” ini adalah untuk menyalurkan sumbangan kepada komuniti Ho Chi Minh City dengan mewujudkan Mini Library bagi kegunaan anak-anak di Madrasah Al-Nur serta sejumlah wang tunai, buku dan alat tulis. Mini Library ini dilengkapi dengan pelbagai buku dan bahan bacaan yang sesuai untuk anak-anak berusia 7 hingga 12 tahun. Inisiatif ini bertujuan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar dan menyediakan sumber yang dapat menyokong pembelajaran mereka.