
20 Jun 2024 – Seramai 37 orang fasilitator dan 2 orang pensyarah UPSI yang terlibat dalam program The Financial Math Challenge yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Gedangsa, Kuala Kubu Baru, Selangor. Program ini adalah satu program yang berbentuk khidmat komuniti yang dijalankan oleh pelajar kursus SMF3013 Financial Mathematics daripada Jabatan Matematik dengan kerjasama Pusat Transformasi Komuniti Universiti, UCTC dan SMK Gedangsa.
Sekolah Menengah Kebangsaan Gedangsa yang terletak di Kuala Kubu Baru, Selangor ini merupakan salah satu Sekolah BITARA UPSI. Antara objektif pelaksanaan Sekolah Bitara ini adalah untuk membantu pihak sekolah dalam mempertingkatkan pencapaian, untuk memberi bantuan kepakaran UPSI kepada pihak sekolah sama ada kepada pelajar dan guru, untuk mengadakan kolaborasi penyelidikan secara bersama dan untuk mengadakan program-program yang memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.
Program The Financial Math Challenge ini bertujuan untuk memperkenalkan konsep kewangan di samping memantapkan lagi pengetahuan pelajar berkaitan dengan topik kewangan di peringkat menengah atas dengan menjalankan beberapa aktiviti STEM yang mudah dan sesuai dengan standard pembelajaran Matematik di sekolah. Program ini juga berkonsepkan pemindahan ilmu dan kepakaran yang diperoleh pelajar UPSI melalui kursus SMF 3013 Financial Mathematics kepada murid sekolah. Program ini mensasarkan tajuk kesepuluh dalam sukatan pembelajaran matematik tingkatan 4 iaitu pengurusan kewangan. Seramai 54 orang pelajar sekolah yang terlibat yang terdiri daripada 20 orang pelajar daripada tingkatan 4 dan 34 orang pelajar daripada tingkatan 5.
Related Posts
UPSI Tekad Meningkatkan Minat Mahasiswa Dalam Subjek Matematik
Minggu Destinasi Ukhuwah: KAB Menyambut Mesra Pelajar Baharu Ambilan September 2024/2025
Program GECE CAMP 2024 FPM UPSI Kukuhkan Jaringan Antarabangsa
Program SiswaConnected@FSK Menyatukan Visi, Menggapai Cita
Pembentangan MyRA 2023 kekalkan kelas Lima Bintang
UPSI salur bantuan pendidikan kepada 5,387 murid di Perak