
24 Jun 2024 – Fakulti Sains dan Matematik (FSM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) telah menganjurkan Program Jelajah Sains dan Matematik Sekolah Bitara FSM. Destinasi pertama bagi jelajah ini adalah di SMK Sri Tapah, Tapah, Perak.
Program ini telah dijayakan oleh Puan Aina Rahayu Baseran selaku Guru Sekolah Bitara di SMK Sri Tapah bersama pengurusan sekolah dengan kerjasama FSM. Seramai 11 orang fasilitator yang merupakan pelajar FSM telah terlibat dalam program ini yang diketuai oleh Cik Farah Syakirah Rusli dan diterajui oleh Allahyarhamah Prof. Madya Dr. Nor Zila Abd Hamid, Dr. Nur Hamiza Adenan, Dr. Muhammad Solleh Asmadi. Program ini telah berjaya memberi manfaat kepada murid dan membuka ruang untuk meningkatkan minat murid terhadap matematik dan sains.
Seramai 30 orang murid Tingkatan 1 telah terlibat dengan aktiviti ini dan lebih manis lebih 20 pelajar Orang Asli telah mengambil bahagian dalam program ini. Murid yang terlibat dalam program ini disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik bagi menambah minat murid dalam matematik dan sains.
Aktiviti Jurutera Bangunan Tertinggi adalah salah satu aktiviti yang telah dilaksanakan dalam program ini yang mana aktiviti ini menitikberatkan aplikasi penggunaan matematik dan sains dengan kehidupan seharian.
Related Posts
UPSI Tekad Meningkatkan Minat Mahasiswa Dalam Subjek Matematik
Minggu Destinasi Ukhuwah: KAB Menyambut Mesra Pelajar Baharu Ambilan September 2024/2025
Program GECE CAMP 2024 FPM UPSI Kukuhkan Jaringan Antarabangsa
Program SiswaConnected@FSK Menyatukan Visi, Menggapai Cita
Pembentangan MyRA 2023 kekalkan kelas Lima Bintang
UPSI salur bantuan pendidikan kepada 5,387 murid di Perak