
19 Jun 2024 – Dalam era Pendidikan Abad ke-21 yang didorong oleh kemajuan teknologi, para pelajar sarjana pendidikan kimia daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris tidak ketinggalan menimba ilmu teknologi pendidikan terkini melalui lawatan lapangan ke syarikat AR Edutech Sdn Bhd. Syarikat ini telah lama dikenali dalam menyediakan alat bantu mengajar yang inovatif dan relevan dengan keperluan pendidikan masa kini. Lawatan ini merupakan sebahagian aktiviti kursus “SKP60204 Teknologi & Inovasi dalam Pengajaran & Pembelajaran Kimia” yang didaftar pelajar bagi Semester 2, Sesi 2023/2024.Lawatan ini dimulai dengan sesi taklimat oleh En. Abd Rahman bin Ali Bashah, pengarah urusan dan pemilik AR Edutech. Para pelajar diberi peluang untuk mencuba kit asas pengatur caraan (coding). Melalui aktiviti ini, pelajar mendapat pengalaman untuk menghasilkan simulasi
LED dan mengerakkan robot. Para pelajar turut berpeluang untuk melihat secara langsung bagaimana teknologi realiti berperantara (augmented reality – AR) dan realiti maya (virtual reality – VR) dapat diaplikasikan dalam pendidikan.“Lawatan ini memberikan kami gambaran yang jelas tentang bagaimana teknologi dapat mengubah cara kita mengajar dan belajar kimia,” kata salah seorang pelajar sarjana. “Kami percaya bahawa dengan menggabungkan teknologi dan pendidikan, kita dapat memberikan pengalaman belajar yang lebih bermakna dan mempersiapkan guru untuk
menghadapi cabaran era digital,” ujar En. Abd Rahman. Lawatan lapangan ke AR Edutech menjadi langkah yang inspiratif kepada pelajar sarjana ini
dalam menjelajah potensi teknologi dalam pendidikan seterusnya menjadi agen perubahan dalam dunia pendidikan kimia selari dengan era IR4.0.
Related Posts
UPSI Tekad Meningkatkan Minat Mahasiswa Dalam Subjek Matematik
Minggu Destinasi Ukhuwah: KAB Menyambut Mesra Pelajar Baharu Ambilan September 2024/2025
Program GECE CAMP 2024 FPM UPSI Kukuhkan Jaringan Antarabangsa
Program SiswaConnected@FSK Menyatukan Visi, Menggapai Cita
Pembentangan MyRA 2023 kekalkan kelas Lima Bintang
UPSI salur bantuan pendidikan kepada 5,387 murid di Perak