
26 Jun 2024 – Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi (PTMK) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menerima kunjungan daripada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.Program Lawatan Penanda Aras ini bertujuan untuk melaksanakan kajian mengenai Sistem Pengurusan Pelajar dan Akademik di ASWARA, di mana UPSI dijadikan rujukan pelaksanaan sistem yang berasaskan sumber terbuka.
Lawatan ini turut memberi fokus kepada beberapa perkara penting seperti pengurusan pelajar Prasiswazah dan Pascasiswazah, pengambilan pelajar antarabangsa, Pengurusan Aset serta Pengurusan Kehadiran staf.Lawatan ini dihadiri oleh seramai 13 orang staf ASWARA yang diketuai oleh Pejabat Timbalan Rektor (Hal Ehwal Akademik), Pn. Siti Zubaidah Awang. Turut hadir ialah staf daripada Bahagian Teknologi Maklumat, Pejabat Bendahari, Bahagian Khidmat Pengurusan, dan Pusat Pengajian Pascasiswazah.Sepanjang sesi ini, taklimat berkaitan Sistem Akademik dan Rekod Pelajar (MySIS), Portal Pelajar, Sistem GeoAttendance, serta Modul Aset yang terdapat dalam Sistem Maklumat Kewangan (MyFISNeo) telah dikongsi kepada delegasi ASWARA. Selain PTMK, beberapa Pusat Tanggungjawab (PTj) turut terlibat dalam lawatan ini iaitu Bahagian Hal Ehwal Akademik, Pusat Pengajian Siswazah, dan Jabatan Bendahari.
Program ini diharapkan dapat memberikan manfaat besar kepada ASWARA dalam usaha mereka memperbaiki dan memperkukuhkan sistem pengurusan pelajar dan akademik, serta meningkatkan kerjasama antara institusi pendidikan tinggi di Malaysia.
Related Posts
UPSI Tekad Meningkatkan Minat Mahasiswa Dalam Subjek Matematik
Minggu Destinasi Ukhuwah: KAB Menyambut Mesra Pelajar Baharu Ambilan September 2024/2025
Program GECE CAMP 2024 FPM UPSI Kukuhkan Jaringan Antarabangsa
Program SiswaConnected@FSK Menyatukan Visi, Menggapai Cita
Pembentangan MyRA 2023 kekalkan kelas Lima Bintang
UPSI salur bantuan pendidikan kepada 5,387 murid di Perak