4 Julai 2024 – Fakulti Sains dan Matematik (FSM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) telah menganjurkan Program Jelajah Sains dan Matematik Sekolah Bitara FSM. Kali ini, Jelajah Sains dan Matematik diadakan di Sekolah Rendah Kerling, Selangor.Program ini mendapat kerjasama yang baik daripada para pentadbir SK Kerling terutamanya Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kerling, Anita Man. Program sekolah bitara ini dapat dilaksanakan dengan baik bersama pihak pengurusan sekolah dengan kerjasama pihak FSM. Seramai 11 orang fasilitator terdiri daripada pelajar FSM telah terlibat dalam program ini dan diketuai oleh Ainaa Khaliesah Khairul Azhar dan diterajui oleh Allahyarhamah Prof. Madya Dr. Nor Zila Abd Hamid, Dr. Wan Nurul Huda Wan Ab Kadir dan Dr. Nurul Syafiqah Yap Abdullah. Program ini telah berjaya memberi keseronokan bermain sambil belajar “Fun Learning” kepada 30 orang murid tahun enam SK Kerling. Di samping itu, program Jelajah Sains dan Matematik FSM ini juga dijalankan serentak dengan Minggu Sains dan Matematik SK Kerling.Seramai 30 orang murid Tahun Enam telah terlibat dengan aktiviti ini dan murid yang terlibat dalam program ini disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik bagi menambah minat murid dalam Matematik dan Sains.Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan semasa program Jelajah Sains dan Matematik ini dilaksanakan. Antara aktiviti yg dijalankan ialah; Jam Analog, Centripetal Force, Siapa Saya, Tan Gram, Teka Teki Batang Aiskrim, Jurutera Bangunan Tinggi, Pemikiran kritikal Terpantas dan Stabilkah Anda. Semua aktiviti yang dilaksanakan oleh peserta program merupakan aktiviti yang berkaitan dengan pembelajaran menarik secara praktikal bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.
Related Posts
- Perbincangan Kerjasama Rakan Strategik – Universitas Pendidikan Ganesha, Bali dan Fakulti Komputeran & Meta Teknologi UPSI
- Program Pemulihan dalam Komuniti (PPDK) Bitara UPSI Perak jadi Hub OKU
- Peluncuran Komitmen Kampus Rendah Karbon, Revolusi Keselamatan Jalan Raya, Kendurian & Kiesta Lambang Keunikan Dan Satu Hati UPSI
- Lawatan Universitas Negeri Semarang: Sokong Perkembangan Awal Kanak-Kanak
- Geoenviro Sustainability Community Dan Karnival Keluarga Madani Desa Kenari: Muafakat Dalam Lestari Alam Sekitar
- Kursus Pensijilan CPR dan AED mampu tingkatkan kebolehpasaran graduan