Jelajah Sains Dan Matematik FSM Melalui Karnival Stem SMK Proton City

24 Julai 2024 – Fakulti Sains dan Matematik (FSM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkongsi kepakaran pendidikan di Karnival STEM SMK Proton City 24 Julai lalu. Program anjuran FSM dengan kerjasama Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC). Program ini diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Proton City yang melibatkan 11 pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kimia (AT13) sebagai fasilitator, di bawah bimbingan penasihat program, Dr. Aisyah Mohamad Sharif.Program ini mempamerkan aktiviti yang menggabungkan tiga konsep elektrokimia seperti konsep sel elektrolisis yang menggunakan kepekatan elektrolit yang berbeza. Pelajar berpeluang menguji kehadiran gas hidrogen dan gas oksigen dengan menggunakan ujian kayu uji berbara dan menyala. Pameran kedua memfokuskan teori kadar tindak balas kimia menggunakan voltan yang berbeza, iaitu 3V dan 9V. Kadar tindak balas diukur melalui kadar penghasilan gas hidrogen yang terhasil.