Majlis Ikrar Pelajar Baharu Diploma Ambilan Julai 2024 2025

24 Julai 2024 – Sekali lagi menjadi saksi kepada tradisi bersejarah dan bermakna bagi para pelajar baharu diploma ambilan Julai 2024/25. Majlis Ikrar Pelajar, satu upacara yang telah menjadi adat turun-temurun, telah dilaksanakan dengan penuh gilang-gemilang. Majlis ini merupakan langkah pertama yang perlu dilalui oleh para pelajar untuk bergelar Anak Kandung Suluh Budiman secara rasmi. Dengan ikrar ini, para pelajar mengikat janji untuk menjadi warga universiti yang bertanggungjawab dan berintegriti.