
Pada 11 Ogos 2024, berlangsungnya Kursus Biro Muslimat dan Bori Belia Masjid yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Perak dengan hasil Kerjasama Pusat Kepimpinan Pelajar Mara (Puskep), Lenggong, Perak dengan melibatkan semua Biro Muslimat dan Biro Belia Masjid di seluruh Masjid-Masjid Qariah dan juga Masjid IPT di Negeri Perak.
Kursus yang diadakan di Pusat Kepimpinan Pelajar Mara (Puskep), Lenggong, Perak ini telah diisi dengan pelbagai aktiviti mencabar seperti Water Confident, Night Orienteering, Berbasikal, Ekspedisi Berkayak, Paintball, Abseiling, dan Flying Fox.
Aktiviti seperti ini adalah sebagai salah satu cabaran diri sendiri dan juga ahli pasukan yang lain bagi memupuk semangat kerjasama, memperkukuh hubungan antara peserta, menjadikan peserta lebih padu sebagai satu pasukan.
Related Posts
UPSI Tekad Meningkatkan Minat Mahasiswa Dalam Subjek Matematik
Minggu Destinasi Ukhuwah: KAB Menyambut Mesra Pelajar Baharu Ambilan September 2024/2025
Program GECE CAMP 2024 FPM UPSI Kukuhkan Jaringan Antarabangsa
Program SiswaConnected@FSK Menyatukan Visi, Menggapai Cita
Pembentangan MyRA 2023 kekalkan kelas Lima Bintang
UPSI salur bantuan pendidikan kepada 5,387 murid di Perak