Pada 20 Ogos 2024, seramai 20 wakil pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), 16 wakil Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) seluruh Malaysia, 20 wakil daripada Institusi Pendidikan Tinggi Awam serta 120 wakil Institusi Pendidikan Tinggi Swasta hadir dalam Sesi Libat Urus (SLU) KPM bersama Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk menyelaras dan meningkatkan kefahaman mengenai pelaksanaan Latihan Mengajar, Praktikum (Internship) di Institusi Pendidikan bawah kementerian berkenaan.
Program yang dianjurkan oleh Pusat Latihan Mengajar dan Latihan Industri (PuLaMI), UPSI itu dirasmikan oleh Timbalan Pengarah, Sektor Perancangan dan Pengoperasian Pendidikan, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Tuan Haji Ismail Ibrahim bertempat di Bilik Seminar Aminudin Baki, Fakulti Pembangunan Manusia, UPSI.
Menerusi program ini, terdapat tiga perkara dasar yang dibincangkan iaitu prosedur kebenaran untuk ke sekolah bagi melaksanakan latihan mengajar; prosedur permohonan permit mengajar; dan elaun praktikal.
Related Posts
Perasmian Pameran Biblioterapi Perkukuh Literasi Emosi Melalui Pembacaan
UPSI Tekad Meningkatkan Minat Mahasiswa Dalam Subjek Matematik
Minggu Destinasi Ukhuwah: KAB Menyambut Mesra Pelajar Baharu Ambilan September 2024/2025
Program GECE CAMP 2024 FPM UPSI Kukuhkan Jaringan Antarabangsa
Program SiswaConnected@FSK Menyatukan Visi, Menggapai Cita
Pembentangan MyRA 2023 kekalkan kelas Lima Bintang

