Persidangan Antarabangsa Inovasi dan Teknologi Bahasa Arab (PInTAr 01)

Persidangan Antarabangsa Inovasi dan Teknologi Bahasa Arab (PInTAr 01) kali pertama yang bakal berlangsung pada 5 dan 6 Oktober 2024 menjadi platform membincangkan penyelidikan dan inovasi berkaitan Bahasa Arab di negara ini dan antarabangsa. 

Persidangan anjuran Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu diadakan dengan kerjasama Consortium of Asia-Pacific Education Universities (CAPEU), Universitas Pendidikan Indonesia (UPI) dan Universitas Negeri Semarang (UNNES). 

Pengarah Programnya, Dr. Maskanatul Fiqiyah berkata persidangan ini diadakan bertujuan untuk mengumpulkan penyelidik, saintis dan pelajar untuk bertukar-tukar dan berkongsi pengalaman, idea baharu dan hasil penyelidikan mereka mengenai semua aspek Bahasa Arab.