5 Ogos 2024 – Projek penerbitan baharu yang melibatkan National Child Development Research Centre (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) mendapat sokongan penuh daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Selatan dan DBP Kuala Lumpur. Pertemuan yang berlangsung pada hari ini dihadiri oleh pelbagai pihak berkepentingan bagi membincangkan pelaksanaan projek tersebut. Mesyuarat yang diadakan pada pukul 10.30 pagi ini merupakan rentetan daripada jemputan rasmi Ketua Pegawai Eksekutif YPKDT, yang bertujuan memperkukuhkan kerjasama antara agensi-agensi terlibat dalam usaha memperkasa literasi kanak-kanak melalui penerbitan berkualiti.
Related Posts
- Program Outreach 2.0: Mastermind Maths Bantu Murid Kuasai Matematik
- Jelajah Sains Dan Matematik Sekolah Bitara Siri-1 Meriahkan SMK Kampong Soeharto
- Jalinan Kasih Mahabbah Perkukuh Ukhuwah Komuniti Orang Asli Dengan Mahasiswa UPSI
- Syarahan Budiman Prof. Dr. Azmil Hashim: ‘Dinamika Pendidikan Tahfiz Al-Quran di Malaysia’
- Majlis Anugerah Kepimpinan Mahasiswa Fakulti Pembangunan Manusia 2024
- Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Perak, Pejabat Pendidikan Daerah Muallim Rancang Program Kolaborasi