30 Julai 2024 – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini menerima kunjungan daripada Universiti Linyi, Shandong China bagi menjalin kerjasama berfokuskan kepada Latihan Industri pelajar. Majlis yang dipengerusikan oleh Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff ini membincangkan mengenai 4 kluster iaitu tempoh masa Latihan Mengajar bagi program Bahasa Cina, pembukaan pusat Universiti Linyi di fakulti UPSI, program dual degree bagi Ijazah Pengurusan dan Komunikasi serta penempatan Latihan Industri untuk pelajar UPSI dan Linyi University secara timbal balik. Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata kerjasama ini bertujuan untuk meluaskan kerjasama dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang akademik dan penyelidikan.
Related Posts
- Program Bicara Ilmu Bahasa dan Sastera Bersama Sasterawan Negara Ke-15
- Mahasiswa Program Sulung 2.0 UPSI perlu tingkatkan keterampilan hadapi cabaran global
- ‘Coding Kickstart: Beginner Bootcamp’ Pupuk Minat Mahasiswa Pelajari Ilmu Coding, Dedah Peluang Kerjaya Bidang Teknologi
- ‘UPSIxMETA: Unlock Possibilities, Shape Imagination’ Jelajah Universiti
- Program Outreach 2.0: Mastermind Maths Bantu Murid Kuasai Matematik
- Jelajah Sains Dan Matematik Sekolah Bitara Siri-1 Meriahkan SMK Kampong Soeharto