‘Coding Kickstart: Beginner Bootcamp’ Pupuk Minat Mahasiswa Pelajari Ilmu Coding, Dedah Peluang Kerjaya Bidang Teknologi

 5 Julai 2024 – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menganjurkan program ‘Coding Kickstart: Beginner Bootcamp’ bagi mahasiswa UPSI yang berminat untuk mendalami ilmu pengaturcaraan dengan lebih mendalam.Program ini diadakan atas beberapa objektif, antaranya ialah untuk memupuk minat mahasiswa untuk mempelajari ilmu pengaturcaraan, melahirkan lebih ramai mahasiswa yang mempunyai ilmu pengaturcaraan, dan memperlihatkan potensi kerjaya dalam bidang pengaturcaraan.Dalam dunia yang semakin dipacu oleh teknologi, kemahiran pengaturcaraan menjadi salah satu aspek penting yang perlu dikuasai oleh graduan masa kini. Bukan sahaja untuk mereka yang berada dalam bidang teknologi maklumat, tetapi juga pelbagai bidang lain yang kiniturut menggunakan teknologi untuk meningkatkan keberkesanan inovasi. Program ‘Coding Kickstart: Beginner Bootcamp’ ini adalah satu inisiatif MPP UPSI untuk melahirkan lebih ramai mahasiswa yang mendapat pendedahan dan asas yang kukuh dalam bidang pengaturcaraan.rogram ini turut mengambil kira perkembangan semasa di mana kemahiran pengaturcaraan menjadi antara keperluan utama dalam pasaran pekerjaan. Menguasai bahasa pengaturcaraan seperti Python, Java, dan C++ bukan sahaja membuka peluang kerjaya yang lebih luas, tetapi juga meningkatkan daya saing graduan di peringkat yang lebih tinggi. Dalam era Revolusi Industri 4.0, pengetahuan dalam bidang teknologi dan pengaturcaraan memberikan kelebihan tambahan kepada graduan dalam mendepani cabaran dunia pekerjaan yang semakin kompleks.Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada mahasiswa dari aspek pembelajaran dan kemahiran, tetapi juga menyediakan mereka dengan asas yang kukuh untuk meneroka lebih banyak peluang dalam bidang teknologi. Dengan usaha berterusan dari MPP UPSI dan sokongan daripada universiti, diharapkan lebih ramai mahasiswa akan terdorong untuk mempelajari dan menguasai ilmu pengaturcaraan, seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara dalam era digital ini.