Inisiatif Dapur Kasih Bitara tanda keprihatinan UPSI kepada mahasiswa

Pada 7 Ogos 2024 telah berlangsungnya edaran makanan secara percuma kepada mahasiswa dan mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dapur Kasih Bitara Al-Mursyidin Kitchen telah berjaya meneruskan program ini sehingga siri yang ke 9 pada tahun 2024. Makanan ini diedarkan terhad kepada 500 pek sahaja buat pelajar yang menuntut di UPSI. Lokasi edaran adalah bertempat di Kolej Awang Had Salleh, Kampus Sultan Azlan Shah dan Pintu Timur, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.